Pemindahan organ merupakan satu cabang perawatan yang terbukti dapat
menyelamatkan nyawa serta meningkatkan kualiti hidup pesakit yang memerlukan.
Namun, tiada pendermaan maka tiadalah pemindahan organ.
Setakat May 2012, seramai lebih 15000 pesakit buah pinggang yang menanti
pemindahan buah pinggang; 2 pesakit menunggu pemindahan jantung dan paru-paru;
dan 2 pesakit menunggu pemindahan paru-paru. Senarai pengikrar pendermaan organ
mencecah lebih 100000 rakyat Malaysia, namun pemindahan organ sebenar amatlah
sedikit kerana masih ramai lagi yang tidak mempunyai kesedaran tentang peri pentingnya
pendermaan organ. Antara faktor yang menghalang keluarga membuat keputusan
untuk pendermaan organ adalah faktor agama.
Oleh sebab itu, KKM dengan kerjasama JAKIM telah mengeluarkan buku
serta pamplet mengenai pemindahan organ dari perspektif Islam. Booklet ini boleh didapati
daripada jururawat TOP TEAM SN Fazariah (ICU) atau daripada website KKM dalam
bentuk pdf....
Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dalam diri kita tentang
pentingnya pendermaan organ serta meningkatkan kadar pendermaan organ di Terengganu
Untuk pengetahuan semua, kadar rujukan pesakit yang mati otak dan berpotansi mendermakan
organ antara yang tertinggi di Malaysia. Namun.... pendermaan sebenar amatlah sedikit......
Ini antara isi kandungan booklet ini:































































